Skip to main content

Resensi: Isteri dominan Part 1

Alhamdulillah, selesai sudah membaca buku Isteri Dominan, hasil penulisan Bonda Nor dan Farizah Shamsudin. Buku ini mempunyai 206 muka surat. Untuk bahagian pertama, saya akan fokuskan pada tulisan oleh Bonda Nor dahulu. Terima kasih kepada si pembeli buku ini,  ganjaran terbaik hanyalah daripada Allah. Saya akan hadiahkan kepada beliau sepinggan nasi apabila beliau pulang dari kerja nanti. Terima kasih, abang. 

Buku ini berkisar tentang peranan suami dan isteri dalam mengemudi bahtera rumah tangga. Namun, ianya lebih mengetengahkan tentang peranan seorang isteri sebagai penasihat utama dalam medan ini. Saya yakin semua sudah sedia maklum bahawa cuaca dalam rumah tangga ini ditentukan oleh isteri. Suami adalah ketua dan isteri adalah nadi kebahagiaan dalam rumah tangga tersebut. Bagaimana? Ianya akan dikupas secara ringkas di mana kuasa isteri amat besar sekali dalam menentukan hala tuju sebuah perkahwinan itu. Matlamatnya adalah syurga. Si isteri berkuasa, tapi tak perlu menjadi queen control. Kena pada cara dan gaya, semuanya dalam genggamanmu!



1. Para isteri perlu ingat, suami adalah syurga bagi seorang isteri. Selalu minta maaf dengan suami. Ada perkara kita memang tidak mampu untuk penuhi kehendak si suami. Minta Allah jaga rumah tangga kita. Kita tidak mampu ubah suami, tapi Allah boleh. Ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. 

2. Menjadi isteri dominan tidak perlu bersikap keras dan memaksa. Cuma perlu ketahui kelemahan suami dan manfaatkan kelebihan sendiri. Isteri perlu tahu ilmu cara menundukkan suami dengan sifat manja. rajin senyum, romantik wangi dan cantik. Kalau kurang menjadi, perlu tambah dengan seksi!

3. Suami dan isteri sememangnya ada perbezaan seperti langit dan bumi supaya saling melengkapi. Suami seorang introvert tetapi isteri suka bersosial itu biasa. Cuba cari titik tengah antara keduanya. Peka dengan reaksi dan emosi pasangan. Raikan perbezaan itu. Namun, jika memberi kesan sampingan dalam perhubungan, pasangan wajib ubah.

4. Isteri perlu ada duit simpanan sendiri. Apabila ada duit, kita boleh beli sendiri apa yang kita inginkan. Pergi bercuti dengan duit sendiri atau beli makanan yang kita nak dengan duit sendiri. Nak beri pada ibu ayah juga tiada halangan. Nak bersedekah juga senang. Banyakkan bersedekah wahai para wanita, sebab Nabi saw melihat ramai wanita di azab dalam api neraka. Duit isteri haram diambil oleh suami, kecuali isteri redha.

5. Fitrah seorang lelaki ialah keperluan seksualnya. Bincang dengan pasangan supaya tiada isu ini dalam perhubungan. Isteri yang bijak ialah mereka yang boleh mengatur hal berkaitan tempat tidur.

6. Buat terbaik untuk suami. Cuba dan cuba.

''Kalau pun lelaki itu pergi, biarlah sebab dia yang bodoh. Bukannya sebab kita yang gagal.''

7. Melatih suami bekerjasama sejak awal perkahwinan lagi. Buat kerja rumah sama-sama. Kerja rumah bukan atas bahu isteri. Jangan manjakan suami. Lama kelamaan, mereka akan jadi manja dan tidak tahu buat kerja rumah.

8. Peranan suami ketika isteri penat dengan rutin menguruskan rumah tangga.

a) Buat kerja rumah sama-sama
b) Puji. Jika isteri terpaksa buat kerja sendiri, suami mesti tunjukkan penghargaan. Pandai-pandailah ambil hati isteri.
c) Dengar. Tadah telinga saja.

9. Mendidik anak adalah tugas bersama. Dalam mendidik, cara isteri dan suami pasti tak sama. Tidak perlu berbalah jika berbeza pandangan. Setiap anak ada kecenderungannya. Tak perlu memaksa untuk jadi sesiapa. Serah saja pada Allah.

10. Wahai para suami, terima seadanya isterimu. Dia yang melahirkan zuriatmu. Berbulan-bulan menanggung derita ketika hamil. Menahan sakit dan rasa tidak selesa. Isterimu punya selemah-lemah kawalan perasaan. Namun, dia tetap tabah berdepan dengan segala ujian bersamamu. Demi Allah, kasihanilah dia sepenuh jiwa.

11. Perempuan suka dipujuk. Emosi perempuan seperti anak kecil. Merajuk tak tentu sebab. Terutamanya ketika mereka penat atau sedih. Ketika bad mood, lelaki suka bersendirian. Jadi, apabila isteri pula bad mood, suami akan jauhkan diri kerana fikir kita juga sama seperti mereka. Sebenarnya, isteri nak dipujuk. Saling memahami kehendak pasangan. Tambah ilmu.

12. Isteri perlu memasak untuk keluarga. Cuba masak setiap hari. Tidak perlu mewah, bersederhana saja. Cukup satu jenis lauk dan sayuran atau ulaman.

13. Jika nak isteri layan suami bagai raja, layanlah pasangan selayaknya. Isteri kita itu permaisuri, bukan rakyat biasa atau hamba.

Ini antara isi penting yang saya dapat kongsikn. Tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua. Cuba buat dulu baru nampak hasilnya. Suami adalah bahan ujian Allah pada kita dan begitulah sebaliknya. Jangan berhenti untuk tambah ilmu. Belajar dan belajar lagi. Ilmu boleh kita dapat daripada pembacaan atau pengalaman orang yang sudah melaluinya. Sekian. 


Anis Semail
Suri di hati seorang suami
17 Jun, 11.07 pagi
Kajang 

Comments

  1. Kena saling memahami dan bantu-membantu

    ReplyDelete
  2. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^cc
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami... (k)
    di ajopk.com ^_~
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penutup 2024

Sedikit coretan untuk diri sendiri terutamanya. Sebagai muhasabah diri untuk terus bertahan di jalan hidup masing-masing.  Pertama, kita perlu yakin dan berani apa saja yang kita buat pasti akan dapat balasannya suatu hari nanti. . Kebaikan mahupun kejahatan semua diambil kira dan dicatat. Jadi, jangan pernah berkira dengan membuat kebaikan . Buatlah baik semampu kita. Buat jahat jangan sekali.  Next, apa sahaja halangan, ujian ataupun kita nak best sikit kita sebut cabaran hidup yang kita hadapi, bergantung kuatlah hanya pada Allah . Jangan pernah berharap pada makhluk. Apabila namanya makhluk ciptaan, mereka sendiri juga perlukan sesuatu untuk berpaut. Kita ni asalnya lemah dan selamanya lemah. Jangan bermimpi nak jadi kuat. Betul, Allah akan hadirkan manusia-manusia lain di sekeliling kita tetapi bukannya pergantungan 100% kepada mereka. Berdoa dan berharap hanya pada Allah. Kita hanya perlukan sedikit nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat. Selebihnya, h...

Kejayaan kecil bagi orang biasa-biasa

Assalamualaikum. Harap semua baik-baik saja. Segala rasa syukur hanyalah pada Allah atas pinjaman anggota badan yang sihat dan segala macam nikmat lain.  Jika ditulis dengan air laut sebagai dakwat sekalipun, masih tak cukup lagi nak senaraikan nikmat Allah ini.  Sejak saya menghadiri satu bengkel penulisan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya dapat sedikit gambaran untuk menulis. Jadi, terhasillah blog ini yang hanya dijadikan tempat pengumpulan rasa dan perasaan dalam bentuk tulisan. Hanya dibaca oleh diri saya sendiri dan beberapa orang terdekat. Jumlah pengikut juga ada kosong (0). Hihi.  Saya ada seorang sahabat yang juga bekerja di tempat yang sama dengan saya. Beliau juga suka membaca dan menulis. Ada beberapa buah buku saya pinjam daripada beliau. Beliau ada berkongsi dengan saya iklan untuk hantar kepada sebuah web yang juga pengumpul dan menjual buku-buku inspirasi dari Malaysia dan Indonesia. Artikel yang dapat tersiar dalam laman web tersebut akan...

Bulatan gembira itu!

Bismillah..segala puji bagi Allah yang mengatur setiap gerak langkah kita setiap masa. Dia sentiasa jaga kita walaupun kita seringkali lupa padaNya. Ampunkan kami Ya Allah.  Kali ni saya nak cerita bagaimana saya mengenali usrah atau saya panggil bulatan gembira. Tidak semua yang tahu kecuali sahabat terdekat sahaja. Semoga terselit sedikit ibrah melalui perjalanan hidup saya ini. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ibu ayah bekerja sendiri. Sejak kecil, saya melihat  mereka berhempas pulas bekerja mengerah keringat demi membesarkan tujuh anak. Antara kerja yang pernah mereka buat ialah kerja sawah, menanam ubi keledek, tembakau, kacang tanah, jagung dan sayuran yang lain. Tanaman ini bersilih ganti mengikut musim. Saya masih ingat kami berlari-lari dan bermain dalam petak sawah, penuh dengan lumpur sambil menangkap ikan. Sungguh indahnya waktu itu. Terima kasih wahai ibu dan ayah kerana besarkan kami dengan penuh kasih sayang.  Seperti kanak-kanak ya...