Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2024

Penutup 2024

Sedikit coretan untuk diri sendiri terutamanya. Sebagai muhasabah diri untuk terus bertahan di jalan hidup masing-masing.  Pertama, kita perlu yakin dan berani apa saja yang kita buat pasti akan dapat balasannya suatu hari nanti. . Kebaikan mahupun kejahatan semua diambil kira dan dicatat. Jadi, jangan pernah berkira dengan membuat kebaikan . Buatlah baik semampu kita. Buat jahat jangan sekali.  Next, apa sahaja halangan, ujian ataupun kita nak best sikit kita sebut cabaran hidup yang kita hadapi, bergantung kuatlah hanya pada Allah . Jangan pernah berharap pada makhluk. Apabila namanya makhluk ciptaan, mereka sendiri juga perlukan sesuatu untuk berpaut. Kita ni asalnya lemah dan selamanya lemah. Jangan bermimpi nak jadi kuat. Betul, Allah akan hadirkan manusia-manusia lain di sekeliling kita tetapi bukannya pergantungan 100% kepada mereka. Berdoa dan berharap hanya pada Allah. Kita hanya perlukan sedikit nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat. Selebihnya, h...

Family first.

Catatan ini dah lama ditulis tetapi tidak dipublish. Perginya ayah tercinta Ogos lepas, 2023. Ayah seorang pendengar yang baik, suka bergurau dan pastinya seorang yang penyayang. Lelaki yang paling dpercayai, lelaki no 1 dalam hidup seorang anak perempuan, ialah seorang ayah. Rindu ayah. Bila balik kampung, seperti ayah masih ada. Kelibatnya seperti masih ada. Saya bersyukur saya sempat menyantuni ayah sepanjang sisa-sisa hidupnya. Walaupun tak sempat berada di sisinya sewaktu ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Terlalu banyak kenangan bersama ayah. Impian saya ialah saya nak menyatukan hati kami adik beradik walaupun ayah sudah tidak ada. Saya mahu kita semua berkumpul di syurga Allah.   Bismillah.        Sebenarnya tak ada idea nak tulis apa. Tapi sesekali teringin juga. Dalam hidup ni, keutamaan saya adalah membahagiakan kedua orang tua dan menyatukan hati adik-beradik.       Semua adik beradik dah berkeluarga dan saya risau ji...

Patau

Bismillah. Lama sungguh saya tidak menjenguk blog ini. Coretan kali ini ialah sekadar catatan pengalaman dalam hidup di dalam dunia fana ini untuk tatapan hari tua nanti. Tahun 2024 tahun ujian buat saya dan keluarga kecil kami. Sungguh berat sekali ujian ini.  Hujung december lepas, 2023 saya disahkan hamil buat kali ketiga. Rancangnya, ini adalah kandungan saya yang terakhir disebabkan saya akan elective czer buat kali ketiga. Dan, akan memandulkan diri sendiri dengan kaedah pemandulan kekal iaitu ikat peranakan atau bilateral tubal ligation (btl).  Apabila kandungan masuk 23-25 minggu, saya akan buat detail scan untuk setiap anak untuk memastikan keadaan baby sihat dan normal sebaik saja dilahirkan. Keputusan mendapati ada beberapa abnormal pada otak, jantung dan juga buah pinggang. Doktor atau sonografer di klinik swasta mencadangkan untuk buat detail scan buat kali kedua dalam masa dua minggu lagi. Waktu ini, saya tidak begitu risau tentang ini kerana anak kami sebel...