Skip to main content

Curhat

    Bismillah. Syukur kepada Allah atas segala nikmatNya yang tidak terkira. Alhamdulillah. Maafkan hambaMu ini kerana kufur atas segala pemberianMu. Sudah terlalu lama membiarkan diri berasa kecewa untuk menerima apa yang telah dirancang olehMu. 

    Manusia yang tidak bersedia macam saya, akan terus rebah apabila mendapat sesuatu yang tidak terduga. Malah tidak ada dalam perancangan. Suatu nikmat namun dipandang juga oleh saya sebagai suatu ujian. Sungguh, saya tidak bersedia dengan perancangan Allah dengan secara tiba-tiba ini. Namun, Allah memang akan menguji ketika saya berasa sangat termotivasi dan senang dengan apa yang ada. Allah..lemah rasanya untuk mencari kekuatan semula. Rasa takut, sedih dan segala macam perasaan hadir. 

    Pelbagai perancangan dibuat untuk 2020 ini untuk stabilkan kerjaya dan ekonomi. Tetapi, Allah jua sebaik-baik perancang apabila perkara lain yang menjengah dahulu. Allah sememangnya tidak pernah meninggalkan hambaNya. Allah menghadirkan ujian untuk saya terus dekat denganNya. 

    Ya Allah, bimbinglah aku, jangan biarkan aku sendiri walaupun sekelip mata. Ajarlah aku erti redha dan ikhlas atas segala yang berlaku. Permudahkan urusan dunia dan akhiratku Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.


Salam Maulidur Rasul. Banyakkan selawat dan amalkan sunnah Nabi saw. 


Dulu dapat keluar riadah, sekarang tak dapat dah sebab PKPB. Ya Allah, hilangkan virus covid 19 ini terus lenyap dari muka bumi ini. 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.