Skip to main content

Muhasabah Part 2

Dengan nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Nama Allah itu ada 99 nama. Allah suka apabila kita memuji-muji namanya ketika meminta atau berdoa padaNya. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud. Nama-nama Allah ini boleh dijadikan zikir dan diamalkan. Betapa Allah Yang Maha Berkuasa menentukan segala apa yang ada di bumi dan di langit. Syukur atas segala nikmatNya dan ujian yang datang silih ganti. Ujian datang untuk melorongkan kita menuju syurga. Kenapa kita saja diuji dengan berat? Jangan risau. Semua manusia diuji sesuai dengan kemampuan masing-masing. Allah itu Maha Baik kerana menghadiahkan kita ujian untuk membawa kita ke syurga. Subhanallah. 

Catatan ini adalah buat saya sendiri yang masih banyak kelemahan. Hakikatnya, kita semua tidak pernah sempurna. Namun, pentingnya kita memuhasabah diri sentiasa supaya kelemahan tadi boleh diperbaiki. Mohonlah pada Allah supaya dikurniakan kekuatan untuk terus berada dalam kebaikan. Niat yang baik-baik dulu. 

Setiap benda baik yang kita nak buat, pasti syaitan datang kacau. Tetapi apabila perkara tersebut susah sekali untuk kita buat, namun kita berjaya melaksanakannya, pasti ganjaran terbaik di sisi Allah akan kita dapat. Senyum adalah benda paling senang nak buat. Tetapi berapa banyak orang yang kita jumpa setiap hari, tidak pula senyum. Susahnya pula nak senyum pada orang yang pernah menyakitkan hati kita. Jika kita berjaya senyum pada orang sebegini, besar pahalanya Allah bagi. Saya sendiri sedar bahawa sukarnya nak buat benda senang ini. Namun, jika dapat buat dan lawan perasaan ego dalam diri, pasti boleh. 

Saya percaya setiap orang nak bahagia dalam hidupnya. Ada orang sanggup mencari jalan bahagia dengan caranya tersendiri. Dalam dunia ini kan pasti ada dua pilihan. Walaupun hanya ada dua pilihan jawapan seperti soalan ujian objektif darjah satu, tapi susahnya nak buat pilihan kan? Jika tengah marah, kita boleh pilih nak sabar atau membaling periuk belanga. Jika nak bahagia, kita boleh pilih dengan jalan baik atau buruk. Banyak orang berusaha berbagai cara untuk rasa gembira sehingga sanggup memilih jalan yang Allah tak suka. Memang betul jika nak tenang, mesti banyak mengingati Allah. Namun, ada juga cara lain seperti mengambil makanan yang halal lagi baik, bersenam atau memberikan sesuatu kepada orang yang memerlukan. Mengikut kajian, semua aktiviti dapat merembeskan hormon gembira dalam badan kita. Jadi, isi masa kita dengan aktiviti yang sihat di samping dapat mendekatkan diri padaNya.

Twitter पर Sham Kamikaze: ""Hanya dengan mengingati Allah sahaja ...



Stress dalam hidup itu biasa. Tetapi jika melampau seperti depresi ianya boleh membahayakan diri dan orang lain. Saya biasanya mendapat stress jika badan terlalu letih. Hal ini disebabkan oleh lambakan kerja di tempat kerja mahupun dalam mengurus rumah tangga. Kadang-kadang, berlaku perubahan sikap seseorang itu adalah disebabkan suasana dalam hidupnya. Bagi saya, jika saya mengulang rutin yang sama setiap hari, saya menjadi semakin tidak bermaya dan tidak bersemangat. Oleh itu, perlu juga ada kelainan untuk menceriakan suasana yang agak suram itu. Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan stress. Bergantung kepada individu tersebut untuk mengendalikan stress. Antaranya kita perlu menghargai diri sendiri. Jika penat, ambil masa untuk rehat. Beli sesuatu untuk diri sendiri. Pastikan badan cukup rehat. Dan yang paling penting sekali, banyakkan bersyukur pada Allah. Syukur kita masih ada peluang untuk bernyawa. Syukur kita ada segala-galanya. Cukup makan, pakaian, tempat tinggal dan dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Segala puji hanya untukMu Ya Allah. 




Comments

Popular posts from this blog

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.

Penutup 2024

Sedikit coretan untuk diri sendiri terutamanya. Sebagai muhasabah diri untuk terus bertahan di jalan hidup masing-masing.  Pertama, kita perlu yakin dan berani apa saja yang kita buat pasti akan dapat balasannya suatu hari nanti. . Kebaikan mahupun kejahatan semua diambil kira dan dicatat. Jadi, jangan pernah berkira dengan membuat kebaikan . Buatlah baik semampu kita. Buat jahat jangan sekali.  Next, apa sahaja halangan, ujian ataupun kita nak best sikit kita sebut cabaran hidup yang kita hadapi, bergantung kuatlah hanya pada Allah . Jangan pernah berharap pada makhluk. Apabila namanya makhluk ciptaan, mereka sendiri juga perlukan sesuatu untuk berpaut. Kita ni asalnya lemah dan selamanya lemah. Jangan bermimpi nak jadi kuat. Betul, Allah akan hadirkan manusia-manusia lain di sekeliling kita tetapi bukannya pergantungan 100% kepada mereka. Berdoa dan berharap hanya pada Allah. Kita hanya perlukan sedikit nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat. Selebihnya, h...

Bertumbuh

Bertumbuh ialah salah sebuah buku yang saya baca. Ianya dipinjam daripada seorang sahabat. Buku ini sejenis buku motivasi santai ditulis oleh penulis dari Indonesia. Saya pun tak catat pula nama beliau. Saya baca dalam penghujung tahun lepas.  Saya ingin berkongsi serba sikit berkenaan kandungan atau ilmu yang ada dalam buku tersebut. Kata penulis, kita tak perlu berubah menjadi orang yang lain. Sebab, lama-kelamaan kita akan jadi seperti kita yang dulu juga. Iaitu yang hina, malas, sombong, syok sendiri, angkuh dan lain lain.  Perkara yang kita perlu buat ialah bertumbuh. Dalam konteks, menjadikan masalah dan pengalaman dalam hidup kita untuk fokus pada matlamat, jiwa jadi besar, tidak mudah mengalah, matang, berani, dan banyak lagi nilai positif yang lain. Bertumbuh itu besar, besar amal, besar ikhtiar, besar tawakal dan syukur pada Allah. Kita tidak pernah terlambat untuk melakukan semua itu . Ciri-ciri bertumbuh yang ditulis dalam buku ini ada lima. Satu...