Skip to main content

Berkawan seperti budak sekolah rendah

Macam mana budak sekolah berkawan sebenarnya? Apabila saya lihat murid saya, sekilas dua akan menyebabkan kenangan waktu saya budak-budak dulu terimbau kembali. Ketika saya berhadapan dengan murid tahun 3, buat saya terfikir, macam mana saya waktu seusia mereka? Maka, keluarlah segala bagai bayangan mengusik jiwa itu. Mereka yang berada dalam darjah tiga ini, selalu ada masalah dengan kawan-kawan.

Ada seorang murid perempuan kelas saya, selalu menangis. Sensitif sangat gayanya. Bila saya tanya, macam-macam kerenah yang diceritakan tentang kawannya si A. Si B kawan dengan si A, maka tinggallah dia sendirian. Merajuk. Rupanya, masalah mereka bertiga ini sejak dari darjah satu lagi.  Mereka seringkali bergaduh, kemudian esoknya kawan semula. Agak susah juga sebab mereka tiga orang. Jarang sekali boleh setia. Biasanya, dua orang sahaja yang boleh jadi best friends. Mengikut pengalaman saya, begitulah.

Apa yang istimewanya persahabatan budak-budak ini? Jika berlaku salah faham, mereka merajuk sebentar saja, kemudian kawan balik,seperti tidak ada apa pun berlaku. Mereka ini sangat jujur. Apabila ada saja isu, mereka sangat mementingkan kejujuran. Ada lagi, mereka ini sanggup berkorban apa sahaja demi kawan. Pernah berlaku, atau sering terjadi ialah apabila seorang buat salah, apabila ditanya sebab berbuat demikian. Jawapannya ialah, kawannya si D suruh buat, jadi saya buat. Lebih kurang begitulah. Biasa, cikgu akan bagi response kaw kaw punya. "Oh..jadi,kalau kawan awak suruh lompat dalam lubang jamban, awak lompatlah lah ye?" Mahu menguji kesetiaan kononnya. Nampak tak di sini? Mereka lebih ikut kata kawannnya berbanding orang lain. Oleh itu, pentingnya memilih rakan yang baik. Pengaruhnya amat kuat sekali.

Kadang kala, berkawan seperti budak-budak dalam kalangan orang dewasa juga terjadi. Kenapa agaknya? Satu sebabnya, sayang terlebih atau setia sangat dengan kawannya itu. Persoalannya, wujud lagi ke persahabatan seperti ini zaman sekarang. Mestilah ada. Walau pun jarang-jarang. Oleh sebab itu, ia jadi cepat merajuk. Hari ini gaduh, esok kawan balik. Tetapi hal akan menjadi sebaliknya apabila salah seorang akan bosan dengan perangai seperti ini. Jadi, ada kebaikan dan keburukannya.

Sebenarnya, persahabatan itu sangat indah. Ada suka, ada duka. Tetapi,tetap memilih untuk sentiasa menerima apa adanya. Itu namanya setia. Kata orang, ada seorang sahabat baik lebih bermakna daripada mempunyai sejuta kawan. 

Kawan saya yang banyak meragam sebab dia kurang sihat. Doakan kami kuat, dan semuanya pulih kembali seperti biasa. Amin.


Comments

  1. lol boleh relate sgt part group kawan 3 orang tu. Dulu2 selalu jugak jadi yang terasing, lepas tu darjah 6 group kawan jadi 4 orang. Dan last2 saya jadi lebih rapat dgn yg ke-4 tu berbanding kawan2 yg sebelum tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya? Bila ingat balik kelakar pun ada tengok budak2 ni. Tapi itulah, kata orang kawan biar seribu,musuh jangan dicari .Giteww~~

      Delete
  2. Masaalah anak² dara ku dari sek ren .. men bawak smpi IPT huhuhu .. ada kwn² but no BFF .. diorng serik .. prefer jadi lone ranger ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua orang boleh jadi lone ranger. Tapi diorang ni mmg kuat. Kita mmg tak perlukan sesiapa,malah pergantungan hanya pada Allah.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.