Skip to main content

Posts

Perginya Sebutir Mutiara

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus menjalankan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi ini.  Sejak akhir-akhir ni, banyak khabar kematian orang terdekat yang diterima. Mengingatkan diri ini bahawa dunia ini hanya sementara. Ajal itu datang bila-bila masa. Baru semalam, boleh datang kerja dan bercakap dengan kita. Esoknya,sudah dijemput Allah.   Entri kali ni, nak abadikan sedikit coretan berkenaan perginya seorang sahabat,kakak,rakan sekerja yang peribadinya sangat mulia dan disanjung ramai orang sehinggalah hari pengebumiannya. Saya sendiri terkejut mendapat berita daripada group sekolah selepas beberapa hari saya bersalin.  Arwah masih lagi sempat masuk bekerja dan mengajar macam biasa memandangkan sekolah baru sahaja dibuka secara bersemuka.  Arwah juga mengandungkan seorang khalifah berusia lapan bulan. Khabar mengatakan arwah mengalami pendarahan dalam kandungan pada jam 3 pagi. Kemudian,...

Anugerah tak ternilai

Bismillah. Syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Alhamdulillah. Thumma alhamdulillah. Dah lama tak update blog setelah sekian lama. Ianya adalah disebabkan tidak ada perkara utama yang nak dikongsikan dan dijadikan kenangan dalam bentuk tulisan. Hari-hari berlalu dengan kelas dalam talian sambil melayan kerenah anak, menempuh fasa akhir kehamilan dengan penuh kesabaran yang ada dan makan segala macam benda yang terlintas di hati.  Setiap kali hamil, saya sememangnya tidak ada sebarang masalah besar. Cuma setakat berat badan naik secara mendadak atau dipantau paras gula selama seminggu. Itu adalah biasa. Namun, saya tidak terlepas daripada ujian ketika melahirkan seperti kelahiran anak pertama. Azzam dilahirkan secara pembedahan (emergency czer) disebabkan berak terlalu awal.  Walaupun impian kali ini ingin melahirkan anak secara normal pula, saya memujuk hati supaya redha atas apa sahaja nasib yang bakal saya hadapi. Normal atau pembedahan, saya redha dengan ketetapa...

Allah lebih mencintaimu

Orang kata, apa yang terbuku di hati itu perlu diluahkan. Kalau tak  mampu luahkan dengan kata-kata, boleh juga melalui tulisan seperti apa yang saya buat ni. Haha. Jika tidak diluahkan, akan menjadi beban dalam diri. Jadi, masing-masing ada cara tersendiri untuk mengatasinya.  Syukur kepada Allah atas segala nikmatNya yang tak terkira. Jika nak dibandingkan dengan sedikit ujian ni, nikmat Allah itu lagi luas. Dalam keadaan negara dilanda wabak covid-19 ni, semuanya tidak ada kepastian. Semua keputusan dalam genggaman Allah. Manusia hanya mampu merancang sahaja, selebihnya serahkan saja pada Allah.  Kunci untuk segala masalah adalah sabar. Allah lebih mencintaimu.

Ahli baru

 Tak lama lagi kami semua akan mendapat pertambahan ahli dalam keluarga ini. Azzam bakal dapat adik yang dijangka melihat dunia pada 27 Februari ini. Kali ini, saya cuba untuk menghadapinya seorang diri dan berpantang jauh daripada keluarga. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Ingin minta doa daripada semua yang terbaca post ini supaya saya dapat melahirkan amanah ini secara normal dengan selamat keduanya.  Harapan semoga Azzam dapat menjadi abang yang baik ya. Semoga anak-anak ummi menjadi anak yang soleh dan musleh. Amin. 

sahabatku

Akhirnya, dapat juga jumpa sahabat yang sudah sekian lama tidak ketemu. Alhamdulillah, dapat juga bertemu beliau sebelum balik ke Bangi baru-baru ini. Bolehlah ubati kerinduan dalam hati walaupun sekejap sahaja.  Semoga kita ketemu lagi, tabah menghadapi segala ujian hidup, cepat siapkan tesis dan dapat kerja yang mulia. I love you. 

Curhat

     Bismillah. Syukur kepada Allah atas segala nikmatNya yang tidak terkira. Alhamdulillah. Maafkan hambaMu ini kerana kufur atas segala pemberianMu. Sudah terlalu lama membiarkan diri berasa kecewa untuk menerima apa yang telah dirancang olehMu.       Manusia yang tidak bersedia macam saya, akan terus rebah apabila mendapat sesuatu yang tidak terduga. Malah tidak ada dalam perancangan. Suatu nikmat namun dipandang juga oleh saya sebagai suatu ujian. Sungguh, saya tidak bersedia dengan perancangan Allah dengan secara tiba-tiba ini. Namun, Allah memang akan menguji ketika saya berasa sangat termotivasi dan senang dengan apa yang ada. Allah..lemah rasanya untuk mencari kekuatan semula. Rasa takut, sedih dan segala macam perasaan hadir.      Pelbagai perancangan dibuat untuk 2020 ini untuk stabilkan kerjaya dan ekonomi. Tetapi, Allah jua sebaik-baik perancang apabila perkara lain yang menjengah dahulu. Allah sememangnya tidak pernah mening...

Tersungkur

Sejak sesi persekolahan bermula, sudah lama tidak menulis.  Kali terakhir, saya menghantar dua artikel ke jejak tarbiah iaitu resensi buku 'Bertumbuh' dan sebuah bacaan umum berdasarkan pengalaman, bertajuk 'Aku Tidak Gila'.  Boleh ikuti artikel tersebut di pautan: https://www.jejaktarbiah.com/aku-tak-gila/ https://www.jejaktarbiah.com/resensi-buku-bertumbuh/ Selamat membaca.