Skip to main content

Muhasabah

Apabila lihat kembali ke belakang, banyak perkara yang berlaku adalah ketetapan terbaik buat diri saya. (mungkin juga buat kita semua). Saya sedar, Allah sebaik-baik Perancang. Ketika saya sudah putus asa, tidak mahu lagi berusaha dan merancang ,tetapi Allah tak pernah berhenti merancang untuk saya. Tugas saya ialah, menerima dengan hati terbuka bahawa semuanya ada hikmah. Ada kebaikan di sebalik kejadian.

Susah hidup sekarang,susah lagi hidup mak ayah saya dulu. Memang cabarannya tidak sama. Namun, ingatlah wahai Anis, Allah uji sesuai dengan kemampuan kita. Susah hidup saya sekarang,ramai lagi orang susah di luar sana. Tak ada makanan,rumah tak ada air dan elektrik. Tandas pun tak ada. Kata Ustaz Ebit, "apa saya nak jawab depan Allah nanti?". Saya wajibnya bersyukur. Menangisi benda yang belum ada, sedangkan banyak lagi nikmat lain Allah bagi. Orang kata, kita kena syukur nikmat yang kecik-kecik dulu sebelum yang lebih besar. Contoh, bekalan oksigen yang kita dapat. Kita masih sihat dan boleh bergerak. Nak kata nikmat kecik, besar juga tu sebenarnya. Allahuakbar.

Hati. Semakin meningkat usia, saya sangat sedar susahnya membersihkan hati. Apa yang ada dalam hati,akan terbit ke luar. Salah sekiranya ada yang kata," saya memang tak pakai tudung, cakap kasar tapi hati saya baik." Mana mungkin hatinya baik,sebab Nabi saw mempunyai hati yang bersih, akan terpancar dengan akhlaknya yang berjaya mengislamkan orang lain tanpa bicara. Dengan hanya melihat Nabi saw, orang sudah jatuh hati dengan islam. Subhanallah. Kita? Jauh sekali. Susahnya jaga hati. Tak suka tengok orang lain senang. Prasangka dengan orang. Kalau tolong orang, pasti lepas itu, nak dia tolong kita pula. Ya Allah, kenapa jadi macam ni? Kalau buat baik, nak juga orang lain nampak. Nak juga sekali sekala update di status whatsapps. Ustaz kata, buat baik dengan ahli keluarga dulu,baru dapat pahala dan silaturahim. Buat baik dengan orang luar, hanya dapat pujian. Akhirat nanti, ahli keluarga juga yang tolong kita. Ustazah pula cakap, ada yang menyesal nanti kat akhirat sebab tak buat baik dengan ahli keluarga betul-betul masa di dunia. Hati adalah raja dalam tubuh. Jika hatinya baik,baiklah seluruh anggota yang lain (hadis sohih). Kena banyak istighfar nak bersihkan hati.

Saya juga sedar susahnya nak balas atau nak mulakan benda baik. Contoh,susah nak senyum kat orang yang tak senyum kat kita. Susah nak bagi salam pada orang yang tak beri salam pada kita dulu. Susah dan susah.

Syaitan. Musuh yang sangat nyata. Kenapa susah? Sebab ego? Sombong? Ya. Semua itu sifat syaitan. Nak juga balasan dari manusia. Bukannya Allah semata. Nak maafkan kesalahan orang? Uii, lagi la susah. Nak buat baik je, syaitan pasti datang kacau. 

Matlamat hidup kita nak cinta Allah. Nak Allah sayang.

Saya sedar duit sangat penting. Boleh kata, 80% hidup ni perlu duit. Setiap langkah,perlu keluarkan duit. Tak ada benda free la.

Manusia akan berubah mengikut keadaan dan persekitaran. Kalau dulu dia sweet gilerr dengan kita, tiba-tiba dah jadi sour. Bukan salah dia, itu maksudnya dia dah lalu macam-macam menyebabkan dia perlu jadi begitu. Saya kena terima.

Saya sedar, saya makin menua. Semua yang ada tidak kekal. Pada Allah jua kita kembali. 





Comments

Popular posts from this blog

Penutup 2024

Sedikit coretan untuk diri sendiri terutamanya. Sebagai muhasabah diri untuk terus bertahan di jalan hidup masing-masing.  Pertama, kita perlu yakin dan berani apa saja yang kita buat pasti akan dapat balasannya suatu hari nanti. . Kebaikan mahupun kejahatan semua diambil kira dan dicatat. Jadi, jangan pernah berkira dengan membuat kebaikan . Buatlah baik semampu kita. Buat jahat jangan sekali.  Next, apa sahaja halangan, ujian ataupun kita nak best sikit kita sebut cabaran hidup yang kita hadapi, bergantung kuatlah hanya pada Allah . Jangan pernah berharap pada makhluk. Apabila namanya makhluk ciptaan, mereka sendiri juga perlukan sesuatu untuk berpaut. Kita ni asalnya lemah dan selamanya lemah. Jangan bermimpi nak jadi kuat. Betul, Allah akan hadirkan manusia-manusia lain di sekeliling kita tetapi bukannya pergantungan 100% kepada mereka. Berdoa dan berharap hanya pada Allah. Kita hanya perlukan sedikit nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat. Selebihnya, h...

Patau

Bismillah. Lama sungguh saya tidak menjenguk blog ini. Coretan kali ini ialah sekadar catatan pengalaman dalam hidup di dalam dunia fana ini untuk tatapan hari tua nanti. Tahun 2024 tahun ujian buat saya dan keluarga kecil kami. Sungguh berat sekali ujian ini.  Hujung december lepas, 2023 saya disahkan hamil buat kali ketiga. Rancangnya, ini adalah kandungan saya yang terakhir disebabkan saya akan elective czer buat kali ketiga. Dan, akan memandulkan diri sendiri dengan kaedah pemandulan kekal iaitu ikat peranakan atau bilateral tubal ligation (btl).  Apabila kandungan masuk 23-25 minggu, saya akan buat detail scan untuk setiap anak untuk memastikan keadaan baby sihat dan normal sebaik saja dilahirkan. Keputusan mendapati ada beberapa abnormal pada otak, jantung dan juga buah pinggang. Doktor atau sonografer di klinik swasta mencadangkan untuk buat detail scan buat kali kedua dalam masa dua minggu lagi. Waktu ini, saya tidak begitu risau tentang ini kerana anak kami sebel...

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.