Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus menjalankan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi ini. Sejak akhir-akhir ni, banyak khabar kematian orang terdekat yang diterima. Mengingatkan diri ini bahawa dunia ini hanya sementara. Ajal itu datang bila-bila masa. Baru semalam, boleh datang kerja dan bercakap dengan kita. Esoknya,sudah dijemput Allah. Entri kali ni, nak abadikan sedikit coretan berkenaan perginya seorang sahabat,kakak,rakan sekerja yang peribadinya sangat mulia dan disanjung ramai orang sehinggalah hari pengebumiannya. Saya sendiri terkejut mendapat berita daripada group sekolah selepas beberapa hari saya bersalin. Arwah masih lagi sempat masuk bekerja dan mengajar macam biasa memandangkan sekolah baru sahaja dibuka secara bersemuka. Arwah juga mengandungkan seorang khalifah berusia lapan bulan. Khabar mengatakan arwah mengalami pendarahan dalam kandungan pada jam 3 pagi. Kemudian,...
Blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman penulis dan sedikit ilmu bermanfaat untuk kebaikan kita bersama. Semoga amal yang sedikit ini menjadi saham berkekalan di akhirat kelak.