Skip to main content

Ahli baru

 Tak lama lagi kami semua akan mendapat pertambahan ahli dalam keluarga ini. Azzam bakal dapat adik yang dijangka melihat dunia pada 27 Februari ini. Kali ini, saya cuba untuk menghadapinya seorang diri dan berpantang jauh daripada keluarga. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Ingin minta doa daripada semua yang terbaca post ini supaya saya dapat melahirkan amanah ini secara normal dengan selamat keduanya. 





Harapan semoga Azzam dapat menjadi abang yang baik ya. Semoga anak-anak ummi menjadi anak yang soleh dan musleh. Amin. 

Comments

  1. Replies
    1. Aah..IshaAllah bulan depan. Doakan saya akak ya..

      Delete
  2. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa x-)
    - Telkomsel
    - GOPAY
    - Link AJA
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sweet 30

Bismillah..segala puji bagi Allah swt yang masih memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri dan menambah kecintaan hanya kepadaNya. Jika kita cinta pada manusia, kita akan kecewa. Tetapi cinta kepada Allah swt tidak akan pernah buat kita sedih, malah lebih membuatkan jiwa kita lagi besar. Cinta pada dunia, akan membuatkan kita leka. Semua yang datang dalam hidup kita adalah ujian. Letaklah dunia dan segalanya isinya di tangan, bukannya di hati. Barulah kita tidak kecewa dan sedih dengan dunia yang sifatnya hanya sementara. Datanglah ombak atau taufan, kita pasti berjaya mengharunginya dengan tenang. Akhirat jua lebih utama dan berkekalan.  Dua hari lepas, saya dan sahabat baru sahaja meraikan usia kami yang sudah menjangkau 30 tahun. Tidak tahu hendak rasa gembira atau sedih? Tujuan apa kami meraikan? Sebenarnya, kami sekadar membeli sebiji kek, kemudian makan bersama-sama. Kami berkongsi bayaran dalam RM 10 setiap orang. Bilangan kami semua ialah tujuh orang. Semuanya lah

sahabatku

Akhirnya, dapat juga jumpa sahabat yang sudah sekian lama tidak ketemu. Alhamdulillah, dapat juga bertemu beliau sebelum balik ke Bangi baru-baru ini. Bolehlah ubati kerinduan dalam hati walaupun sekejap sahaja.  Semoga kita ketemu lagi, tabah menghadapi segala ujian hidup, cepat siapkan tesis dan dapat kerja yang mulia. I love you. 

Allah lebih mencintaimu

Orang kata, apa yang terbuku di hati itu perlu diluahkan. Kalau tak  mampu luahkan dengan kata-kata, boleh juga melalui tulisan seperti apa yang saya buat ni. Haha. Jika tidak diluahkan, akan menjadi beban dalam diri. Jadi, masing-masing ada cara tersendiri untuk mengatasinya.  Syukur kepada Allah atas segala nikmatNya yang tak terkira. Jika nak dibandingkan dengan sedikit ujian ni, nikmat Allah itu lagi luas. Dalam keadaan negara dilanda wabak covid-19 ni, semuanya tidak ada kepastian. Semua keputusan dalam genggaman Allah. Manusia hanya mampu merancang sahaja, selebihnya serahkan saja pada Allah.  Kunci untuk segala masalah adalah sabar. Allah lebih mencintaimu.