Skip to main content

Persiapan nak mati

Bicara tentang mati boleh menggetarkan hati. Ada orang tidak suka menceritakan soal ini kerana boleh mengganggu suasana yang menyeronokkan. Mati bukan suatu perkara untuk ditakut-takutkan. Malah Nabi saw menyuruh kita sentiasa ingat mati dan buat persiapan untuk menghadapinya. Manusia seperti inilah yang dikatakan paling bijak.

Saat diri menghadap di hadapan Allah, tidak tergambar perasaan waktu ini. Sudi ke Allah pandang wajah yang hina ini? Dalam hati saya, "aku perlu bersiap sedia." Jika kita nak masuk periksa sekalipun, kita perlu baca nota dan buat ulangkaji,barulah dapat melangkah ke dewan peperiksaan dengan tenang. Sama juga dengan menghadapi kematian. Pasti kita tidak mahu berjumpa Allah tanpa persiapan rapi. Kita tak mahu mati dalam keadaan tidak  bersedia. Kematian akan menjemput kita bila-bila masa saja.

Ada beberapa cara untuk kita menghadap Allah dalam keadaan kita redha dengan Allah, dan Allah juga redha dengan kita.

1. Solat. Amalan pertama yang akan dihisab. Solat awal waktu.  Tambah dengan solat sunat. Perbaiki kualiti solat kita.

2. Puasa. Kena ganti puasa yang ditinggalkan. Boleh juga nak puasa ganti untuk top up puasa yang lepas. Mungkin ada puasa lepas yang terbatal atau tak dapat pahala kecuali dapat lapar dahaga.

3. Pastikan semua hutang langsai. Walaupun berhutang dengan bank,  berusahalah bayar secara bersungguh-sungguh. Mohon pada Allah supaya diluaskan rezeki.

4. Buat baik dengan mak ayah dan adik beradik. Sentiasa bantu jika keperluan mereka tak cukup.

5. Cari amalan yang pahalanya akan terus mengalir. Contohnya,bantu anak yatim, ajar anak buat baik, beli Quran atau telekung kemudian bagi kat orang atau wakafkan saja.

Itu saja yang dapat saya kongsi. Semak kita punya rukun Islam.  Pastikan semuanya dilaksanakan dengan baik.  Wallahua'lam.


Comments

  1. Semoga kita semua beroleh rezeki mati dalam husnul khatimah :)

    ReplyDelete
  2. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*com x-)
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup. ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sweet 30

Bismillah..segala puji bagi Allah swt yang masih memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri dan menambah kecintaan hanya kepadaNya. Jika kita cinta pada manusia, kita akan kecewa. Tetapi cinta kepada Allah swt tidak akan pernah buat kita sedih, malah lebih membuatkan jiwa kita lagi besar. Cinta pada dunia, akan membuatkan kita leka. Semua yang datang dalam hidup kita adalah ujian. Letaklah dunia dan segalanya isinya di tangan, bukannya di hati. Barulah kita tidak kecewa dan sedih dengan dunia yang sifatnya hanya sementara. Datanglah ombak atau taufan, kita pasti berjaya mengharunginya dengan tenang. Akhirat jua lebih utama dan berkekalan.  Dua hari lepas, saya dan sahabat baru sahaja meraikan usia kami yang sudah menjangkau 30 tahun. Tidak tahu hendak rasa gembira atau sedih? Tujuan apa kami meraikan? Sebenarnya, kami sekadar membeli sebiji kek, kemudian makan bersama-sama. Kami berkongsi bayaran dalam RM 10 setiap orang. Bilangan kami semua ialah tujuh orang. Semuanya lah

sahabatku

Akhirnya, dapat juga jumpa sahabat yang sudah sekian lama tidak ketemu. Alhamdulillah, dapat juga bertemu beliau sebelum balik ke Bangi baru-baru ini. Bolehlah ubati kerinduan dalam hati walaupun sekejap sahaja.  Semoga kita ketemu lagi, tabah menghadapi segala ujian hidup, cepat siapkan tesis dan dapat kerja yang mulia. I love you. 

Allah lebih mencintaimu

Orang kata, apa yang terbuku di hati itu perlu diluahkan. Kalau tak  mampu luahkan dengan kata-kata, boleh juga melalui tulisan seperti apa yang saya buat ni. Haha. Jika tidak diluahkan, akan menjadi beban dalam diri. Jadi, masing-masing ada cara tersendiri untuk mengatasinya.  Syukur kepada Allah atas segala nikmatNya yang tak terkira. Jika nak dibandingkan dengan sedikit ujian ni, nikmat Allah itu lagi luas. Dalam keadaan negara dilanda wabak covid-19 ni, semuanya tidak ada kepastian. Semua keputusan dalam genggaman Allah. Manusia hanya mampu merancang sahaja, selebihnya serahkan saja pada Allah.  Kunci untuk segala masalah adalah sabar. Allah lebih mencintaimu.