Skip to main content

Zaman 20-an telah berlalu

Hari ini,terimbau pula kenangan masa zaman muda dulu. Kononnya sekarang dah tua. Sikit la. Bila dah masuk 30-an ni, pelbagai cabaran pula perlu dihadapi. Semuanya kerana Allah ingin naikkan darjat kita di sisiNya.

Gambar ini diambil di Teluk Cempedak pada tahun 2016

Seronok dan syukur dapat mengenali mereka yang ada dalam gambar di atas. Salah seorang daripada mereka berdua ini telah selamat mendirikan rumah tangga beberapa bulan lepas. Malang sekali saya tak dapat hadiri majlisnya kerana kesihatan Azzam tidak mengizinkan. Hanya mampu mendoakan dari jauh. Rasanya, waktu ini adalah kali terakhir saya keluar bersama mereka. Kemudian, saya berhijrah ke tempat lain. Dia adalah sahabat yang saya kenal sejak dari universiti lagi. Berjodoh paling lama dengannya. Dapat bekerja bersama beberapa tahun.

Sahabat saya seorang lagi ini amat saya kagumi dalam diam. Saya bersamanya ditugaskan menjalankan aktiviti krs di sekolah. Dia sangat mahir mengajar murid dengan pelbagai kemahiran krs seperti based,kawad,ikatan dan menjahit. Sekarang, saya mendapat berita daripadanya mengatakan dia bercuti tanpa gaji untuk jaga ibunya yang strok. MasyaAllah. Amat besar ganjarannya bagi mereka yang sanggup berbakti kepada ibunya. Saya doakan yang terbaik buat mereka berdua. Saya pula masih lagi terkapai-kapai untuk memperbaiki diri. Banyak lagi perlu dipelajari.

Semoga kami dapat bertemu lagi.




Comments

  1. AJO_QQ poker (k)
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66
    -perang baccarat (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!! :d
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856 ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.