Skip to main content

Kekuatan hati wanita

Bismillah. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik. Kali ini, saya ingin membuat satu catatan tentang perkongsian daripada Ustazah Asma Harun bersama dengan artis terkenal, Siti Noordiana atau lebih dikenali sebagai Nana. 

gambar hiasan :)

Tajuk dipilih ialah Kekuatan Hati Wanita. Antara isi penting yang dapat saya kutip ialah:

1. Kita wajib bergantung harap hanya pada Allah. Hati dalam bahasa Arab adalah qalbun. Penyakit yang banyak menyerang kalangan lelaki adalah penyakit jantung. Hati adalah raja dalam diri kita. Baik hati,maka baiklah seluruhnya. Rasa sedih,gembira,marah dan segala perasaan lain datang dari hati. Iktibar daripada kisah bekas suami Nana yang meninggal akibat serangan jantung. 

2. Jika ada masalah dalam hidup, jalan penyelesaiannya ialah kembali pada agama. Dalam kes rumah tangga sekali pun,jika ada masalah,bukannya perlu berhias cantik dan masak sedap-sedap untuk kembalikan cinta. Itu hanya sampingan. Siapa yang bagi rasa kasih dan cinta? Jawabnya, Allah. Apabila Allah tarik rasa cinta itu, atas sebab kelalaian kita sendiri. Mungkin kita cintakan pasangan kita lebih dari cinta Allah. Kita lupa kepada Si Pemberi Cinta iaitu Allah. Amalan yang dicadangkan oleh Ustazah ialah zikir astaghfirullah paling kurang 1000 kali sehari, dan zikir Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud. Jaga solat dan baca Al Quran. InshaAllah, hati lebih tenang menghadapi ujian. 

3. Cuba cipta kebahagiaan sendiri. Jangan fokus pada satu pintu sahaja untuk bahagia. Kita ada mak ayah, anak-anak, sahabat dan adik beradik untuk di bahagiakan. Maksudnya, jangan buang masa dengan berharap pada manusia. Teruskan hidup.

4. Keputusan adalah keputusan. Decision is a decision. Kita perlu tekad dengan keputusan. Jika keputusan ingin teruskan bersama,maka teruskan dan ada caranya. Dan jika ingin berpisah, ada caranya. Dua-dua keputusan ini adalah jalan sabar. Namun,jangan sesekali menyoal kembali adakah keputusan yang dibuat itu adalah salah setelah keputusan dibuat? Faham ke? Hmm..dalam buku La Tahzan,tulisan Dr Aidh beliau tulis,"yang berlalu itu biarkan berlalu". Tapi,perlu mohon pertolongan pada Allah supaya diberi kekuatan. Bezanya,keputusan yang kita buat tadi adakah ia mendapat pertolongan Allah atau tidak. Sekiranya masalah lain timbul setelah keputusan dibuat,jangan persoalkan lagi. Teruskan berdoa mohon pertolongan daripada Allah. Ustazah mengambil contoh dalam kes rumah tangga yang dikendalinya sepanjang beliau bertugas sebagai kaunselor di pejabat agama. 

5. Sabar itu adalah tindakan mengikut syariat. Bukannya pasrah. Ianya berbeza. Pasrah adalah membiarkan sahaja perkara itu berlaku tanpa tindakan. Hakikatnya, kita banyak ambil jalan pasrah berbanding sabar. 

6. Amalkan doa daripada Nabi saw kepada Abu Salamah. Kemudian,Abu Salamah mengajarkan pula kepada isterinya, Ummu Salamah. Doa ini boleh dibaca ketika ditimpa musibah atau kehilangan sesuatu yang kita sayang. Allah hanya ingin menguji. Dengan izinNya, Allah menggantikan kehilangan itu dengan sesuatu yang lebih baik dan bernilai.



Kekuatan hati lelaki atau wanita adalah sama saja. Semuanya datang daripada Allah dan kembali kepadaNya. Sekadar itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.

Anis Semail
Kg Bukit Bidang


Comments

  1. Point yang tertinggal: pada awal perkahwinan mmg kita perlukan cinta. Tapi,untuk meneruskan kelangsungan perkahwinan ialah tanggungjawab.
    Point kedua: Anak adalah anugerah. Anak-anak juga ujian. Apabila dah ada anak,kita boleh berubah ke arah lebih baik,maksudnya itu adalah satu cara Allah nak ubah kita.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi. Saya akan kongsikan dengan isteri supaya sama-sama dapat manfaat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pahala freedom

Banyak kali dah saya mencari sesuatu nak buat supaya dapat pahala berterusan walaupun saya dah mati nanti. Dalam kelas pun, saya terangkan kepada murid tentang ini sebab ada tajuk yang berkaitan. Ada topik tentang mengingati mati dan juga tentang amal jariah dalam menuntut ilmu.  Kita tak selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa akan pergi dan tak mampu lagi nak buat ibadah seperti waktu hidup. Terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah atau infaq. Semua orang nak financial freedom, tapi kadang-kadang tidak terfikir untuk dapat pahala freedom ini.  Apa yang saya dah ada sekarang dan akan cuba lagi buat yang terbaik: 1-Ada anak soleh solehah, usaha dan doa supaya di didik menjadi anak yang boleh mendoakan ibu bapa buat selamanya.  2- Jadi guru, ajar ilmu yang baik. Buat yang terbaik dan jangan sambil lewa.  3. Guru Al-Quran, ajar betul-betul anak murid supaya boleh baca Quran dengan baik. Ajar anak sendiri juga.  ...

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.