Skip to main content

Posts

Allah lebih mencintaimu

Orang kata, apa yang terbuku di hati itu perlu diluahkan. Kalau tak  mampu luahkan dengan kata-kata, boleh juga melalui tulisan seperti apa yang saya buat ni. Haha. Jika tidak diluahkan, akan menjadi beban dalam diri. Jadi, masing-masing ada cara tersendiri untuk mengatasinya.  Syukur kepada Allah atas segala nikmatNya yang tak terkira. Jika nak dibandingkan dengan sedikit ujian ni, nikmat Allah itu lagi luas. Dalam keadaan negara dilanda wabak covid-19 ni, semuanya tidak ada kepastian. Semua keputusan dalam genggaman Allah. Manusia hanya mampu merancang sahaja, selebihnya serahkan saja pada Allah.  Kunci untuk segala masalah adalah sabar. Allah lebih mencintaimu.

Ahli baru

 Tak lama lagi kami semua akan mendapat pertambahan ahli dalam keluarga ini. Azzam bakal dapat adik yang dijangka melihat dunia pada 27 Februari ini. Kali ini, saya cuba untuk menghadapinya seorang diri dan berpantang jauh daripada keluarga. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Ingin minta doa daripada semua yang terbaca post ini supaya saya dapat melahirkan amanah ini secara normal dengan selamat keduanya.  Harapan semoga Azzam dapat menjadi abang yang baik ya. Semoga anak-anak ummi menjadi anak yang soleh dan musleh. Amin. 

sahabatku

Akhirnya, dapat juga jumpa sahabat yang sudah sekian lama tidak ketemu. Alhamdulillah, dapat juga bertemu beliau sebelum balik ke Bangi baru-baru ini. Bolehlah ubati kerinduan dalam hati walaupun sekejap sahaja.  Semoga kita ketemu lagi, tabah menghadapi segala ujian hidup, cepat siapkan tesis dan dapat kerja yang mulia. I love you. 

Curhat

     Bismillah. Syukur kepada Allah atas segala nikmatNya yang tidak terkira. Alhamdulillah. Maafkan hambaMu ini kerana kufur atas segala pemberianMu. Sudah terlalu lama membiarkan diri berasa kecewa untuk menerima apa yang telah dirancang olehMu.       Manusia yang tidak bersedia macam saya, akan terus rebah apabila mendapat sesuatu yang tidak terduga. Malah tidak ada dalam perancangan. Suatu nikmat namun dipandang juga oleh saya sebagai suatu ujian. Sungguh, saya tidak bersedia dengan perancangan Allah dengan secara tiba-tiba ini. Namun, Allah memang akan menguji ketika saya berasa sangat termotivasi dan senang dengan apa yang ada. Allah..lemah rasanya untuk mencari kekuatan semula. Rasa takut, sedih dan segala macam perasaan hadir.      Pelbagai perancangan dibuat untuk 2020 ini untuk stabilkan kerjaya dan ekonomi. Tetapi, Allah jua sebaik-baik perancang apabila perkara lain yang menjengah dahulu. Allah sememangnya tidak pernah mening...

Tersungkur

Sejak sesi persekolahan bermula, sudah lama tidak menulis.  Kali terakhir, saya menghantar dua artikel ke jejak tarbiah iaitu resensi buku 'Bertumbuh' dan sebuah bacaan umum berdasarkan pengalaman, bertajuk 'Aku Tidak Gila'.  Boleh ikuti artikel tersebut di pautan: https://www.jejaktarbiah.com/aku-tak-gila/ https://www.jejaktarbiah.com/resensi-buku-bertumbuh/ Selamat membaca. 

Manfaatkan dirimu

 Azzam bersama Miss Carrot Nak hadap rutin setiap hari ni pun,kita perlu ada semangat. Duduk rumah buat aktiviti yang sama akan bosan juga. Bekerja pun akan sama.  Sehingga rasa stress. Stress tanpa buat apa-apa berbanding kerja yang bertimbun itu beza. Serba tak kena manusia ni.  Sebab itu mesti banyak bersyukur. Rasa tak sedap hati mula datang sebab banyak masa lapang di rumah. Memang saya bekerja dari rumah, tapi bermalas-malasan itu tetap ada. Lagi pun, ada si kecil yang baru boleh berjalan. Ujian masa banyak. Tak bermanfaat dekat orang lain sangat. Tapi boleh manfaatkan diri pada keluarga sepenuhnya. Syukur sebab si kecil tu pun sihat saja sebab banyak duduk di rumah. Dia hanya perlu ke taska sekali atau dua kali sahaja dalam seminggu apabila saya perlu bertugas di sekolah. Alhamdulillah.  Sahabat semua,mari kita terus buat baik dengan ruang hidup yang kita ada sekarang. Kita ada keluarga, jiran dan sahabat terdekat. Manfaatkan. Terus berkhidmat u...

Persiapan nak mati

Bicara tentang mati boleh menggetarkan hati. Ada orang tidak suka menceritakan soal ini kerana boleh mengganggu suasana yang menyeronokkan. Mati bukan suatu perkara untuk ditakut-takutkan. Malah Nabi saw menyuruh kita sentiasa ingat mati dan buat persiapan untuk menghadapinya. Manusia seperti inilah yang dikatakan paling bijak. Saat diri menghadap di hadapan Allah, tidak tergambar perasaan waktu ini. Sudi ke Allah pandang wajah yang hina ini? Dalam hati saya, "aku perlu bersiap sedia." Jika kita nak masuk periksa sekalipun, kita perlu baca nota dan buat ulangkaji,barulah dapat melangkah ke dewan peperiksaan dengan tenang. Sama juga dengan menghadapi kematian. Pasti kita tidak mahu berjumpa Allah tanpa persiapan rapi. Kita tak mahu mati dalam keadaan tidak  bersedia. Kematian akan menjemput kita bila-bila masa saja. Ada beberapa cara untuk kita menghadap Allah dalam keadaan kita redha dengan Allah, dan Allah juga redha dengan kita. 1. Solat. Amalan pertama yang akan dih...