Assalamualaikum semua. Sekarang, cita-cita untuk balik ke kampung dan berhenti kerja masih ada. Nak jadi suri rumah sambil buat bisnes online kononnya. Tapi, semuanya terserah kepada takdir jugak. Jadi, cubaan kali ini adalah untuk jual kuih tart sempena puasa dan raya. Susah jugak nak jual sebabnya tak dapat nak buat servis hantar ke rumah. Hanya test market dalam facebook untuk kawan sekampung dan kena self pick up. Maklum lah, tak ada kenderaan nak ke sana sini, dalam pantang pulak tu dan musim pkp kat kawasan kota bharu pulak. Kalau ada rezeki tak ke mana. Ni rupanya kuih tart tersebut. Saya beli dan jual semula dengan kadar untung yang sangat rendah saja. Ada tiga jenis. Tart nenas, cadburry dan blueberry. Harga: tart nenas 50 biji RM 28 tart cudburry 50 bjji RM 30 tart blueberry 50 biji RM 28 Sekian. Saja nak abadikan kat sini.
Blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman penulis dan sedikit ilmu bermanfaat untuk kebaikan kita bersama. Semoga amal yang sedikit ini menjadi saham berkekalan di akhirat kelak.