Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2025

Penat.

Alhamdulillah. Tamat seminggu hari persekolahan sesi baru. Semua orang berpenat lelah dalam minggu ni. Mak ayah,anak-anak,guru-guru dan semua orang lah. Pagi-pagi dah tempuh jalan jem. Pagi-pagi guru dah kena bertugas jaga pagar. Sambut bebudak datang sekolah. Walaupun penat,senyum di bibir pasti terukir untuk menyantuni anak-anak. Gituh.  Semoga penat lelah ini diganjari sebaik-baiknya di sisi Allah. Sabtu pun masih lagi perlu hadir ke sekolah. Begitulah,dunia tempat berpenat, akhirat jua tempat kita berehat. Beginilah caranya untuk pujuk hati. Kembalilah kepada ketetapan Allah. Nak menguji kesabaran kita. Jadilah apa pun, ada ujian jugak. Cuma dengan cara yang berbeza sesuai dengan kemampuan kita. 

Bila bangun pagi

Bagaimana tidur anda semalam? Lena atau tidak. Apa pun,ucapkanlah syukur kerana diberi peluang lagi untuk terus hidup pada hari ini.  Bacalah doa bangun tidur yang anak-anak kita sudah hafal sejak tadika lagi. "Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan." Anak-anak kat sekolah biasanya baca doa sebelum saja,doa sebelum makan, sebelum tidur, sebelum masuk tandas. Doa yang selepas perbuatan biasanya mereka lupa sebab tidak dibaca. Begitulah, hafal tapi tak diamalkan. Lama-lama lupa.  Jadi,amalan mudah yang kita boleh buat,kita buatlah setiap hari. Rugilah jika tak diamalkan.  Semangat! Semangat! 

Asma' bebel.

Setiap malam,sebelum tidur dan selepas lampu rumah dipadamkan, Asma' akan mula bercerita. Pillow talk la konon. Dia akan cerita apa yang dia buat hari ni,apa yang dia akan buat bila bangun pagi, ada juga perkara lama yang dia ulang cerita.  Malam tadi,dia bertanya lagi tentang baby Awatif. Seperti dia merindukan adiknya yang tak sempat dia tatap dan sentuh itu. Aku mula rasa sedikit hiba.  Aku mula mengenangkan nasib anak murid kami yang kehilangan ibu ayah dan ahli keluarganya sekelip mata dalam kemalangan. Ingin sekali aku berkata pada Asma', bukan kita saja diuji Allah. Ada juga orang lain yang diuji sesuai dengan kemampuan mereka.  Bahkan lebih besar ujian mereka. Yakinlah dengan janji Allah itu, di syurga pasti akan bersatu kembali.