'Makanan menyatukan kita' dijadikan satu tagline oleh rakan guru kami di sekolah. Biasalah, kat tempat kerja semua akan sibuk dengan urusan masing-masing. Waktu rehat pun tak sama. Ikut kelas. Apabila ada makan-makan, atau kami bawa potluck, semua akan berkumpul juga sebab nak makan. Sudah tentu. Rasulullah saw juga sangat menyarankan kita memberi makan kepada orang lain. Banyak kelebihannya. Rezeki akan bertambah itu sudah semestinya. Alhamdullilah, diberi rezeki bekerja dalam suasana yang baik dan orang-orang yang baik. Tagline ini juga mengingatkan diri saya untuk selalu bersedekah, memberi makan kepada orang lain walaupun sebuku roti atau air mineral. Semoga istiqamah. Gambar hiasan. Masuk pertandingan memasak sempena Minggu Bahasa Melayu bersama Aisyah dan Afifah. Kenangan sungguh sebab saya tak pandai masak. Masakan pula berasaskan sagu. Hebat semua.
Minggu lepas, apabila saya melangkah masuk ke dalam kelas 2 Fatimah, ada suara sumbang menjengah telinga ini. Sakit hati pula dengar. Seorang murid lelaki ni berkata," masa apa sekarang ya? Oh ya, kelas akhlak. Saya paling tak suka kelas akhlak". Dengar saja ayat tu, terus ego saya sebagai guru tercabar. Saya terus balas balik,'' patut lah awak ni tak de akhlak dalam kelas, keja tak siap, bermain-main masa guru mengajar. Awak kata sayang Nabi saw, tapi awak sendiri tak hormat majlis ilmu. Apatah lagi nak hormat guru.'' Murid itu balas semula kata-kata saya dengan perkataan yang tidak enak didengari. Saya buat-buat tak dengar dan teruskan pengajaran. Apa yang keluar daripada mulut saya, saya cuba kawal. Saya juga ingatkan semua murid supaya niat datang sekolah untuk belajar semata-mata kerana Allah. Di sebalik peristiwa ini, mungkin juga Allah nak menegur saya supaya menjadi pendidik yang lebih baik. Bersemangat dan tak mudah putus asa mendidik murid sepert